Inilah produk yang aku guna sekarang...Alhamdulilah bila guna haid aku datang dengan sendirinya....harap-harap dengan penggunaan produk ni dapatlah haid aku teratur masa zaman-zaman muda-muda dulu
aku reka blog ini untuk menceritakan suka duka aku untuk mendapatkan anak....aku berkahwin sudah 2 tahun 2 bulan lebih...tp aku belum dikurniakan anak lagi...tidak tahulah apa puncanya kenapa aku dan asben sukar dapat anak...jadi aku akan ceritakan step by step...InsyaAllah mana tau dengan usaha ini aku akan dikurniakan zuriat....
Isnin, 24 Disember 2012
Khamis, 13 Disember 2012
It's -ve
'not pregnant'...itu perkataan yang tertera pada alat pengesan kehamilan itu....tiba-tiba aku menangis lagi...kenapa aku harus menangis....kenapa aku harus bersedih kerana aku x mengandung....bukankah aku dah berjanji pada diri aku yang aku takan menangis lagi gara-gara upt -ve.....erm aku menangis depan asben...lantas aku memujuk die untuk buat IUI....terus die bersetuju....Ya Allah...akhirnya.....
Isnin, 10 Disember 2012
Rasa lain Macam
sejak kebelakangan ni rase macam lain macam je badan ni....kadang sakit kepala...pening...mual...kerap meludah...kadang-kadang muntah...sakit-sakit badan...adakah ada keajaiban akan berlaku sekali lagi....itu hanya Allah yang mengetahuinya...sekarang aku hanya berserah pada Allah...pasti Allah akan tunjuk samaaada aku mengandung atau tidak....
Langgan:
Catatan (Atom)